Sejarah Royal Canin

Syarikat ini diasaskan oleh seorang doktor bedah haiwan Perancis bernama Jean Cathary pada tahun 1968. Beliau membuka amalannya di sebuah desa di wilayah Gard dan mendapati bahawa banyak haiwan peliharaan yang dibawa ke amalannya mengalami pelbagai masalah kesihatan, terutama pada kulit dan bulunya. Percaya bahwa puncanya ialah pemakanan, Cathary lalu memberi pesakitnya resipi berasaskan bijirin yang dibuat sendiri di garajnya.[1][2]

Resepi itu terbukti berjaya meredakan masalah yang terjadi pada haiwan peliharaan, sehingga pada tahun 1968, Cathary mendaftarkan makanan tersebut dengan jenama dagangan “Royal Canin”. Beliau kemudian menutup amalannya agar dapat lebih fokus pada pengeluaran dan pengedaran makanan tersebut. Sebuah penyemperit kemudian diimport dari Amerika Syarikat dan Royal Canin menjadi pengeluar makanan kering pertama di Perancis dan menjadi syarikat pertama di Eropah yang menggunakan penyemperit.[2] Sasaran pasaran Royal Canin terutamanya ialah penjaga haiwan dan persatuan anjing gembala Jerman. Royal Canin juga memasang iklan di televisyen, sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh pesaingnya.[2]

Makanan anjing Royal Canin Medium Junior

Pengeluaran terus meningkat dan pada tahun 1970, syarikat ini didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah syarikat awam dengan nama "Royal Canin S.A.". Kilang yang lebih besar kemudian dibuka di Aimargues dan Royal Canin mula mengedarkan produknya ke seluruh Eropah. Ketika itu, syarikat ini mempekerjakan 40 kakitangan untuk menghasilkan 5.500 tan makanan haiwan setahun. Syarikat ini kemudian menubuhkan sebuah anak syarikat bernama Royal Canin Iberica di Spanyol. Pada Mac 1972, Cathary menjual syarikat ini kepada Guyomarc'h Group,[1][3][4] sebuah pengeluar makanan haiwam yang diasaskan pada tahun 1954 oleh Jean Guyomarc’h.[5][lower-alpha 1]

Di bawah pemilikan Guyomarc'h, syarikat ini mula berkembang, terutama dalam sektor penyelidikan dan pembangunan. Sebuah pusat penyelidikan dibuka di Saint-Nolff, Brittany, pada 1973. Sehingga 1982, syarikat ini membuka sejumlah anak syarikat di negara Eropah yang lain, seperti di Itali, Sweden, Belgium, Sepanyol, Jerman, dan Denmark. Kilang lain juga dibangunkan di utara Perancis untuk menguruskan penjualan di utara Eropah.[4]

Guyomarc'h kemudian dibeli oleh Paribas Bank pada tahun 1990.[6] Royal Canin mengalami kerugian pada tahun 1993, dan setahun kemudian, Guyomarc'h dibubarkan menjadi empat syarikat bebas, salah satunya ialah Royal Canin. Paribas Bank sebenarnya ingin menjual Royal Canin, namun pengerusinya berjaya memujuknya untuk memperdagangkan saham Royal Canin di Bursa Saham Paris sahaja, dan akhirnya berlaku pada tahun 1997.[7] Sebanyak 43% saham syarikat ini telah diperdagangkan di bursa saham dan meningkatkan nilai syarikat menjadi 4,5 biliom franc. Syarikat ini kemudian membeli Crown Pet Foods pada tahun 1999 dan jenama James Wellbeloved pada tahun 2000.[1][8][9]

Paribas Bank kemudian menjual Royal Canin kepada Mars, Incorporated pada Julai 2001 dengan harga 1.5 bilion euro. Suruhanjaya Eropah meluluskan penjualan ini, menjual sejumlah asetnya ke Agrolimen.[4][10] Royal Canin kemudian menarik diri dari bursa saham setelah dibeli oleh Mars.[11]

Pada Mac 2004, Royal Canin memperolehi jenama IVD, Medi–Cal, dan Techni–Cal dari Del Monte Foods dengan harga $82,5 juta.[12]

Sehingga 2008, sebanyak 80% dari jumlah pendapatan Royal Canin berasal dari penjualan di luar Perancis. Jumlah pegawainya di seluruh dunia mencapai 4.500 orang.[13]

Rujukan

WikiPedia: Royal Canin http://www.royalcanin.ca/ http://www.royalcanin.ca/index.php/About-Us/Our-St... http://www.20min.ch/ausland/news/story/Haustierfut... http://www.bencer-construction.com/ref_royal.htm http://investing.businessweek.com/research/stocks/... http://www.company-histories.com/Royal-Canin-SA-Co... http://digitaljournal.com/article/355582 http://www.docin.com/p-293570905.html http://www.hoovers.com/company/Royal_Canin_SAS/ssc... http://www.just-food.com/news/masterfoods-royal-ca...